PENGENALAN
Pada
masa kini, perniagaan jenis francais adalah sangat dikenali dan semakin
diterima oleh kebanyakkan negara-negara di dalam menjadi sebagai pemangkin atau
penyumbang utama terhadap peningkatan ekonomi negara. Perkataan Francias adalah
berasal dari bahasa Anglo-French iaitu kata dasar “Franc” atau “Franchising”
yang bermaksud PERCUMA. Pemilik perniagaan digelar” Francaiser” (Franchiser)
dan peniaga yang menggunakan model dan nama perniagaan Francaiser digelar,”
Francaisi” (Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau
pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran,
hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais
(francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan,
dalam jangkamasa tertentu, dalam arahan-arahan kerja yang ditentukan dan pada
lokasi yang telah ditentukan.
Rajah
1 dibawah merupakan contoh-contoh syarikat yang menjalankan perniagaan
francais.

Rajah 1:
Jenis-jenis Perniagaan Francais
SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI
FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
SEJARAH FRANCAIS DI PERINGKAT GLOBAL
Sejarah
perkembangan francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk francais yang sedia
ada pada saat ini merupakan pengembangan daripada sistem francais yang telah
diterokai sejak tahun 1850-an dan mula berkembang tahun pada 1950-an serta
1960-an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada sistem ini
adalah supaya barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dapat diedar dan
dijual ke seluruh bahagian lainnya.
Bentuk
francais pertama yang paling sederhana adalah format perniagaan yang dipelopori
pada sekitar tahun 1850-an oleh Singer Sewing Machine Company. Isaac Singer
sebagai pembuat mesin jahit telah memperkenalkan sistem francais untuk
mengembangkan dan meningkatkan pengeluaran mesin jahitnya. Walaupun usaha yang
dilakukannya tidaklah berjaya, akan tetapi ia menjadi orang pertama yang
mengenalkan kepada dunia perniagaan tentang format perniagaan francais ini di
Amerika Syarikat.
Usaha
Isaac Singer ini diteruskan oleh Jhon Styth Pemberton yang lebih berjaya
menggunakan format francais untuk mengembangkan syarikat minuman Coca Cola.
Namun, sumber lain menjelaskan bahawa yang mengikuti jejak Isaac Singer
bukanlah Coca Cola, tetapi sebuah industri automotif di Amerika Syarikat, iaitu
General Motors Industry, sebuah syarikat reka bentuk dan perkilangan yang
dibina pada tahun 1897.
Sistem
francais mula diminati dan dipelopori oleh syarikat-syarikat berasaskan makanan
segera (fast food). Sistem francais moden makanan segera telah diperkenalkan
pada 1935 oleh A&W Root Beer yang ketika itu dimiliki oleh Howard Deering
Johnson dan Reginald Spragu. Mereka telah mencetuskan idea untuk memasarkan
makanan segera mereka secara sistem francais, dimana pengelola restoran boleh
menggunakan jenama, pembekal, rekabentuk logo, dalaman dan konsep sebagai
pertukaran yuran yang dibayar. Tahun 1953 menyaksikan restoran makanan segera
McDonalds yang diasaskan oleh adik beradik Dick dan McDonald turut menggunakan
format francais dalam mengembangkan lagi industri makanan segera. Tahun 1990
telah menyaksikan industri francais semakin berkembang terutamanya di Amerika
Syarikat dan terus meluas ke pelbagai negara.
SEJARAH FRANCAIS DI MALAYSIA
Malaysia
antara negara yang turut menerima tempias daripada perkembangan dan penerimaan
orang ramai terhadap industri ini. Kajian yang dilakukan daripada sumber
Internet mendapati perniagaan francais di Malaysia bermula pada tahun 1960-an
menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, syarikat kasut BATA, perhotelan,
syarikat-syarikat minyak dan automotif. Tahun 1970-an dan 80-an telah
menyaksikan pertumbuhan pesat industri ini dimana restoran-restoran makanan
segera seperti KFC, Pizza Hut, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara
ini.
Perniagaan
secara francais di Malaysia masih menjadi kaedah perniagaan yang baru di kalangan
usahawan walaupun industri ini dipromosi dan disokong oleh kerajaan sejak awal
tahun 1990-an lagi. Di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi
pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara
syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah McDonald dan
KFC. Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan
ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan
jenama mereka ke luar negara, contohnya, Langkawii Crystall, Marrybrown Fried
Chicken, Nelson's dan Sugar Bun.
Program
Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan
usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan Francais yang
diperkenalkan pada tahun 1992, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan
Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang
mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10).
Pasaran
francais negara kini dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar
pertumbuhannya di tahap 3 peratus setahun. Kadar ini dijangka melonjak kepada
30 peratus setahun menjelang tahun 2020. Tahun 2015 menyaksikan industri
francais memberi sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM
25.6 bilion dan disasarkan meningkat sehingga sekali ganda kepada kepada 4.3
peratus menjelang 2016 daripada 2.2 peratus ketika ini.
Perbadanan
Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais
dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur
pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi
utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan
produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan turut diperkenalkan
oleh pihak kerajaan.
KEPENTINGAN INDUSTRI
FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
Industri francais merupakan bidang
perniagaan yang sangat baik dan sangat berkembang maju di negara Malaysia.
Perkembangan yang baik ini memberi tanda yang positif bahawa ekonomi Malaysia
adalah berada di dalam keadaan yang baik dan di samping itu juga ianya dapat
memberikan sumbangan yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selain
daripada memberikan kepentingan kepada pembagunan ekonomi, industri francais
ini juga turut memberi sumbangan kepada pembangunan sosial negara.
Kepentingan Terhadap
Pembangunan Ekonomi
Di
antara kepentingan-kepentingan yang diberikan oleh industri francais terhadap
pembangunan ekonomi adalah seperti:
- Merangsang pertubuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan;
- Membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu dalam pembangunan ekonomi
- Menggalakkan perdagangan antarabangsa menerusi pakej pelantikan francaisi induk oleh francaisor tempatan, sekali gus menyumbang ke arah pemantapan pertukaran mata wang negara
- Menyediakan peluang perniagaan kerana perniagaan kecil milik francaisi sangat mudah dan cepat menyumbang kepada pengambilan tenaga kerja.
Kepentingan Terhadap
Pembangunan Sosial
Di
antara kepentingan-kepentingan yang diberikan oleh industri francais terhadap
pembangunan sosial adalah seperti:
- Dapat memenuhi keperluan masyarakat iaitu dengan hasil daripada aktiviti urusan penjualan barangan dan perkhidmatan, peniaga akan memperolehi keuntungan manakala pihak pengguna akan memiliki barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
- Perniagaan francais ini juga dapat memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pekerjaan adalah sangat diperlukan oleh setiap individu masyarakat kerana ianya merupakan sumber pendapatan kepada masyarakat untuk mereka meneruskan hidup dan menyara kehidupan dan juga keluarga mereka.
- Perniagaan francais akan dapat membantu dan memudahkan lagi individu ataupun organisasi untuk memahami dan mengenal pasti sebarang pergolakan perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A sedang menghadapi masalah kewangan, maka kita boleh mengambil kesempatan ini untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atau tidak.
- Masyarakat yang berilmu perniagaan akan memudahkan negara untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa atau global. Penguasaan ilmu perniagaan membolehkan peniaga-peniaga negara kita bersaing terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju.
TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS
DI MALAYSIA
Industri francais Malaysia
menunjukkan tahap pembangunan yang positif dan memberangsangkan serta mampu
bersaing dalam pasaran antarabangsa meskipun industri ini adalah sebuah
perniagaan yang mencabar. Beberapa francais tempatan telah berjaya
mengembangkan jenama mereka ke luar negara adalah seperti Marry Brown, Nelson
dan Secret Recipe Cakes and Cafe. Sehingga berakhir tahun 2015, sebanyak 760
sistem francais yang terdiri daripada pelbagai sektor telah didaftarkan dengan
Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 7,525
perniagaan francaisi telah berjaya diwujudkan. Pada Tahun 2014, sumbangan
industri francais kepada keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) Malaysia adalah
berjumlah RM26.15 bilion atau bersamaan 2.5 peratus daripada KDNK Negara.
Penerimaan jenama francais Malaysia di luar Negara juga semakin meningkat iaitu
sebanyak 61 jenama francais tempatan diwujudkan dan telah menerokai 56 buah
Negara dan mempunyai 2,453 outlet di seluruh dunia. Jumlah itu lebih tinggi
berbanding pada tahun 2008 di mana hanya 29 francaisor yang menerokai 31 buah
Negara dengan jumlah 174 outlet. Ini
membuktikan bahawa pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi
fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem
francais. Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan
infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia
pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan.
Pembangunan industri francais di
Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan
berkembang melalui sistem francais. Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan
bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun
dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan
pembiayaan. Produk tempatan terutamanya jenis makanan dan minuman mudah
memasuki negara luar kerana jenamanya dan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga
diiktiraf dunia dan memberikan kelebihan kepada usahawan francais tempatan
untuk menerokai pasaran luar negara. Usahawan francais tempatan perlu berani
keluar dari pasaran tempatan kerana pasaran dunia menawarkan potensi
pertumbuhan jauh lebih baik apabila berjaya berada dalam pasaran antarabangsa.
Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai
program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa
Pembangunan industri francais di
Malaysia telah mengorak langkah dengan mewujudkan Program Pembangunan Francais
(PPF) pada 4 Ogos 1992, di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Jabatan
Perdana Menteri. Antara pelan tindakan di bawah PPF termasuklah menubuhkan
Persatuan Francais Malaysia (MFA) pada 18 Januari 1994 dengan tujuan untuk
mengawal selia industri ini secara dalaman (self regulatory) dan penggubalan
Akta Francais Malaysia 1998.
Seterusnya pada awal tahun 2012,
kerajaan mengambil inisiatif pemacu untuk membangunkan industri francais di
Malaysia dengan merangka Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN)
2012-2016. PIPFN ini merangkumi aspek meningkatkan daya saing francais Malaysia
di dalam dan di luar negara, melaksanakan transformasi perniagaan melalui
francais, membangunkan kecekapan modal insan serta mengukuhkan ekosistem
francais yang lebih dinamik.
Selaras dengan pelaksanaan PIPFN
ini, pihak kerajaan telah mempercepatkan proses pendaftaran francais dengan
memendekkan tempoh kepada tujuh hari bekerja dengan syarat semua dokumen dan
syarat dipenuhi dengan mewujudkan satu sistem atas talian pendaftaran francais
iaitu MyFEX. MyFEX direka bertujuan untuk memberikan keselesaan dan
memudahcarakan proses permohonan baru lesen francais. Peruntukan juga telah
disediakan untuk mempromosikan francais tempatan Malaysia melalui pelbagai
program seperti Franchise Malaysia Goes Global, membangun dan mengembangkan
francais mikro melalui Francais Komuniti, 1Malaysia Stesen Francais serta
menyediakan kemudahan pinjaman khas untuk francais mikro; Skim Pinjaman Kecil
Francais.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi & Kepenggunaan KPDNKK menubuhkan Akademi Perbadanan
Nasional Berhad (PNS), untuk melahirkan usahawan francais yang mantap ilmu
pengetahuannya serta mempunyai kemahiran yang tersendiri. Diantara program
dibawah akademi ini adalah Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais
dan Program Kesedaran yang merangkumi forum dan perkongsian ilmu. PNS
berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industri francais
di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah menyediakan kemudahan pembiayaan.
Diantara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS adalah skim pembiayaan
francais, skim pembiayaan kontrak, skim pembiayaan lisensi, skim pembiayaan
franciasor dan skim pembiayaan prafrancais. Selain dari itu, PNS juga turut
memberi sokongan dan khidmat nasihat terhadap perniagaan francais termasuk
perkongsian ilmu perniagaan dan pengalaman daripada pihak yang telah berjaya
bertujuan untuk membantu dan menggalakkan orang ramai untuk menjadi usahawan
francais. Perunding boleh membantu dengan menyediakan penyelesaian hujung ke
hujung untuk francaisor menukar perniagaan sedia ada bagi memenuhi kriteria ROF
untuk menjadi francaisor, membantu menyerahkan pendaftaran francais mereka dan
memantau prestasi outlet francaisi untuk tempoh tertentu. Khidmat panel perunding
ini digunakan dalam program penukaran francais PPFT, DBFP dan Projek Siap Guna.
CABARAN ATAU HALANGAN YANG
DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Di
dalam melaksanakan dan menjalankan perniagaan francais ini, terdapat pelbagai
cabaran atau halangan yang perlu ditempuhi dan dihadapi. Di antaranya adalah
seperti:
Cabaran Atau Halangan
Francaisi
Modal Keseluruhan
Kos
untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah
tinggi. Di antara kos-kos yang perlu di bayar oleh pihak francaisi adalah
seperti berikut:
- Yuran Francais - Yuran francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak akan dikembalikan. Francaisi juga perlu membayar kos lain seperti kos sewa, deposit, pembelian aset dan juga kos pengubahsuaian kedai.
- Royalti Bulanan - Royalti adalah dibayar berdasarkan peratus jualan bulanan dan francaisi juga perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan. Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) (badan bertindak untuk francais Malaysia) mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5% jumlah jualan bulanan francaisi.
- Yuran Pengiklanan - Yuran pengiklan yang dibayar digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai francaisi
Tidak Memberi Kebebasan Kepada Francaisi
Melalui
perniagaan francaisi ini, keseragaman adalah perlu dan disebabkan oleh hal ini,
maka francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi perlu mengikut
setiap peraturan yang telah ditetapkan. Berikut adalah beberapa perkara
berkaitan perjanjian francais:
- Pemilihan Lokasi – Setiap lokasi perniagaan akan dipilih dan memerlukan persetujuan oleh francaisor. Francaisor akan melawat dan membaut penelitian awal terlebih dahulu terhadap lokasi yang dicadangkan oleh francaisi dan memberikan pendapatnya semada sesuai atau tidak lokasi tersebut.
- Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan - Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Sehubungan dengan itu, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform dan sistem komputer.
- Penjualan Produk dan Perkhidmatan - Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk atau perkhidmatan lain selain daripada milik francaisor.
- Operasi Perniagaan - Francaisi juga tidak mempunyai kuasa dalam menentukan waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga menyukarkan francaisi memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor.
- Hak Wilayah (Territorial Rights) - Kawalan ini bertujuan untuk menggelakkan persaingan denga francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi yang baru. Pihak francaisor juga berhak untuk menghalang pihak francaisi membina laman web sendiri.
Pemilihan Francaisor Perlu Dilakukan Dengan Teliti
Pemilihan
francaisor secara teliti adalah sangat perlu dan harus diberi penekanan yang mendalam
oleh francaisi. Prospektus yang lengkap perlu ada untuk memberikan penerangan
sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi
kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.
Perlu Komitmen Yang Tinggi Daripada Francaisi
Kegagalan akan berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada
francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan perkara yang mudah.
Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan
modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan
yang bakal diceburi. Di antara sikap dan juga sifat lain yang perlu ada untuk
seorang francaisi yang ingin berjaya adalah seperti:
- Perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan dan komitmen
- Mempunyai kemampuan dari segi mental dan juga fizikal
- Memiliki kepercayaan kepada produk
- Sentiasa menjalankan penyelidikan
- Sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing terdekat pasaran
Penjualan Produk Yang Tetap Sahaja
Penglibatan
serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk
kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh
pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti
dan inovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya.
Penamatan dan pembaharuan
kontrak
Kontrak
francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak
ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui dan tiada jaminan atas
pembaharuan kontrak.
- Penamatan Kontrak - Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun.
- Pembaharuan Kontrak - Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara aotomatik. Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan atas jualan.
Cabaran Atau Halangan Francaisor
Kos
Untuk
membangunkan sebuah sistem francais bukanlah mudah seperti yang dibayangkan.
Ianya memerlukan pengggunaan masa yang banyak dan membabitkn kos pengurusan
yang sangat tinggi. Secara purata pembangunan sesuatu sistem francais baru akan
memakan masa di antara 5 hingga 10 tahun dengan melibatkan kos di sekitar RM200
ribu hingga RM1 juta bergantung kepada jenis produk berkenaan.
Perkhidmatan
Francaisor
adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing
perniagaan francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan
kepada pihak francaisi untuk seumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan
oleh francaisi.
Reputasi
Apabila
francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk,
tentu sekali nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.
Pemilihan francaisi
Francais
adalah satu sistem saling kebergantungan. Meskipun pelantikan francaisi adalah
menerusi perjanjian secara kontrak, namun proses pemilihan francaisi adalah
sangat kritikal bagi memastikan hanya mereka yang sesuai dan memenuhi
keperluaan sahaja dilantik.
Kerahsian
Francaisor
bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan
francaisinya. Perkongsian diantara francaisor dan francaisi juga memungkinkan
perkongsian rahsia-rahsia perniagaan yang mempunyai risiko peniruan dan
kebocoran formula produk.
Penipuan
Pihak
francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah
penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan
kebocoran formula produk dan sebagainya apabila cawangan francais pihak
francaisor bertambah dan berkembang pesat.
MASA HADAPAN INDUSTRI
FRANCAIS DI MALAYSIA
Masa depan industri francais di
Malaysia setakat ini menunjukkan banyak kemajuan yang memberangsangkan. Dengan
adanya program kesedaran dan pendedahan yang telah dijalankan oleh pelbagai
pihak, masyarakat kini semakin berfikiran terbuka dan faham akan konsep
perniagaan francais. Ini secara tidak lansung membantu dalam membangunkan modal
insan dalam pemilihan industri francais sebagai pemangkin ekonomi.
Sejak kerajaan memperkenalkan konsep
perniagaan secara francais di negara ini pada tahun 1992 yang telah diilhamkan
oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir
Mohamed, bilangan syarikat yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara
francais terus meningkat dari semasa ke semasa. Usaha dan komitmen yang
diberikan oleh semua penggiat dalam industri francais di negara ini telah
mendapat pengktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan. Kerajaan menjangkakan
Industri francais pada tahun 2015 akan menyumbang kepada keluaran Dalam Negara
kasar (KDNK) sebanyak RM26.8 bilion dan dijangka terus meningkat dengan
kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Dalam mempertingkatkan industri
francais di negara ini, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
memantapkan industri francais di Malaysia. Antaranya ialah meningkatkan daya
saing, melakukan transformasi dalam menjalankan perniagaan, di samping
pembangunan modal insan serta koordinasi di antara agensi di bawah KPDNKK
seperti PNS dengan Bahagian Pembangunan Francais bersama-sama dengan Persatuan
Francais Malaysia (MFA). Sebagai contoh, bagi program pembangunan modal insan,
terdapat dua agensi yang melaksanakan program latihan francais iaitu Akademi
PNS dan Maktab Koperasi Malaysia.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya dapat
dijelaskan bahawa perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan
kepakaran, teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan
francais juga mampu meningkatkan ekonomi Negara dan menyediakan peluang
pekerjaan. Sistem francais juga boleh membantu mewujudkan budaya baru di dalam
menjalankan perniagaan dengan penekanan diberikan kepada aspek-aspek disiplin
yang tinggi, perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, kebersihan dan
keseragaman.
Untuk menceburi bdang perniagaan
francais ini, francaisi perlu berhati-hati di dalam memilih francaisor dan
mempertimbangkan beberapa faktor yang menjadi teras kepada perniagaan ini. Hubungan yang harmoni di antara francaisor
dan francaisi adalah satu keperluan supaya dapat mempertingkatkan produktiviti
dan keseragaman produk dapat diselaraskan di setiap cawangannya.
Selain itu, peranan pihak kerajaan juga adalah
sangat penting di dalam mengatur semula perlaksanaan dasar industri francais
dan memberikan segala inisiatif dan kemudahan kepada pihak francais di dalam
sama-sama berusaha dengan kerajaan untuk membina industry yang kukuh dan juga
berdaya saing serta menjadi penanda aras baru dalam dunia francais. Di samping
itu, penggiat industri francais wajar menitik beratkan amalan perniagaan yang
lebih beretika sama ada dengan francaisor, francaisi dan lebih-lebih lagi
pelanggan atau pengguna produk mereka agar Francais Malaysia akan lebih dipandang
hebat di mata dunia.
RUJUKAN